FEBRUARI 2022

Abg Jo Saksikan Majlis Angkat Sumpah Setiausaha Politik


KUCHING, Ketua Menteri  Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg menyaksikan Majlis Angkat Sumpah Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri Sarawak bertempat di Bangunan Wisma Bapa Malaysia petang ini tadi. 

Majlis dimulakan dengan  acara angkat sumpah diketuai oleh Ketua Setiausaha Politik yang baharu YB Fazzruddin Abdul Rahman seterusnya menandatangani surat rahsia serta penyampaian watikah perlantikan di hadapan YAB Ketua Menteri menggantikan Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS Datuk Abdullah Saidol. 

Seramai 16 orang setiausaha politik yang baharu mengangkat sumpah dan akan berkhidmat bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa pada 15 Februari 2022. 

Hadir sama adalah Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion dan beberapa kenamaan lain.

Sumber dari : Sarawakku